Sunday, March 6, 2011

Matikan fungsi AutoPlay pada Windows 7 untuk mengelakkan virus

Fungsi AutoPlay dalam Windows pada asalnya dibina untuk memudahkan pengguna. Apabila anda memasukkan media luar seperti USB drive atau external hard disk, Windows akan menjalankan aplikasi tertentu berdasarkan AutoPlay yang telah ditetapkan.

autoplay

Malangnya fungsi ini telah disalahgunakan oleh pembuat virus untuk menjangkiti komputer anda. Virus tersebut diprogramkan untuk dilancarkan secara automatik apabila fungsi autoplay diaktifkan. Sebab itulah, lebih elok jika anda mematikan terus fungsi AutoPlay ini.

Cara-cara nak matikan fungsi AutoPlay pada Windows 7

1. Buka Control Panel dan taipkan ‘AutoPlay’ di dalam kotak carian. Anda akan nampak kategori AutoPlay dipaparkan. Klik pada ‘Change default settings for media or devices’

control-panel-autoplay

2. Kosongkan kotak ‘Use AutoPlay for all media and devices’. Tekan butang Save.

autoplay-disable

Semudah itu sahaja, fungsi AutoPlay anda telah dimatikan bagi mengurangkan risiko komputer anda dijangkiti virus. Dan jangan lupa untuk memasang antivirus pada komputer anda sebagai perlindungan utama terhadap virus.


Sumber dari : http://sembangkomputer.com/

Thursday, March 3, 2011

Matikan fungsi User Account Control (UAC) pada Windows 7

uac

Fungsi User Account Control (UAC) dibina untuk melindungi anda daripada aplikasi yang ingin mengubah sistem Windows tanpa kebenaran. Namun bagi pengguna Windows yang berpengalaman, fungsi ini agak melecehkan kerana perlu klik pada butang OK setiap kali anda ingin install apa-apa perisian.

Jika anda fikir anda seorang pengguna Windows yang berpengalaman, dan boleh mengenal perisian manakah yang betul-betul selamat untuk dijalankan, anda boleh membatalkan terus fungsi UAC ini.

1. Buka Control Panel dan taipkan ‘UAC’ di dalam kotak carian. Anda akan nampak kategori Action Center dipaparkan. Klik pada ‘Change User Account Control settings’

matikan-uac

2. Ubah tetapan kepada ‘Never notify’. Klik pada butang OK. UAC akan dipaparkan buat kali terakhir, klik sahaja pada butang Yes.

matikan-uac

Semudah itu sahaja, fungsi UAC pada Windows 7 anda telah dimatikan bagi memudahkan urusan anda.


Sumber dari : http://sembangkomputer.com/

Wednesday, March 2, 2011

Susun tetingkap sebelah-menyebelah pada Windows 7

Windows 7 mempunyai kekunci pintas yang mudah untuk anda menyusun tetingkap yang terbuka. Hanya tekan kekunci Windows + Anak panah kiri atau kanan.

susun-tetingkap-window-7

Ianya berguna sekiranya anda sedang menaip pada satu tetingkap sambil merujuk pada tetingkap yang lain. Saya sendiri selalu menggunakan fungsi ini ketika hendak menulis entri blog.


Sumber dari : http://sembangkomputer.com/