Tuesday, March 20, 2012

Padam monitor secara automatik sambil meneruskan muat-turun

Bagi peminat tegar filem seperti saya, saya suka membiarkan komputer terpasang pada waktu malam untuk muat-turun filem menggunakan jDowloader. Namun silau daripada monitor adalah tidak baik untuk dibawa tidur ya adik-adik. Jadi saya tetapkan supaya monitor dipadam secara automatik sambil membiarkan muat-turun dijalankan.

Untuk membuat tetapan ini, buka Control Panel dan cari “Edit power plan”. Atau jika anda menggunakan laptop anda boleh tekan pada ikon bateri di Taskbar, dan pilih “Power Options”, kemudian pilih “Change plan settings”.

power-options-settings

Pada tetingkap yang seterusnya, ubah tetapan mengikut kesesuaian. Seperti contoh yang saya letakkan di atas, saya tetapkan “Turn off the display” kepada 5 minit. Pastikan “Put the computer to sleep” diletakkan pada ‘Never’ kerana anda masih ingin membiarkan proses muat-turun berjalan.


Sumber : http://sembangkomputer.com/


Thursday, March 15, 2012

Cara memasang butang Facebook Like pada entri blog

Terdapat beberapa kelebihan dalam memasang butang Facebook Like pada entri blog. Apabila pembaca menekan butang ‘Like’, artikel tersebut akan dikongsikan pada Facebook mereka, sekaligus membantu promosi blog anda . Jumlah ‘Like’ juga boleh dijadikan sebagai kayu ukur untuk populariti satu-satu artikel.

Artikel ini akan menerangkan cara-cara memasang butang Facebook Like untuk WordPress secara manual, tanpa menggunakan plugin. Kelebihan cara ini adalah ianya lebih ringan, anda juga dapat membiasakan diri dengan Facebook App, PHP dan kod WordPress. Mari kita mula:

1. Pertama sekali, anda perlu membuat Facebook App yang baru. Pergi ke Facebook Developers dan tekan “Create New App”

image

2. Berikan nama bagi App anda dan tekan Continue.

image

3. Taipkan captcha yang diberikan dan tekan Submit.

image

5. Facebook App anda telah dibina dan akan digunakan sebentar lagi.

image

6. Pergi ke halaman ini untuk menetapkan rupa bentuk butang Facebook Like anda. Tekan butang Get Code untuk mendapatkan kod.

image

7. Pastikan anda memilih Facebook App yang baru dibina tadi. Salin kedua-dua kod yang diberikan.

image

8. Buka fail WordPress anda. Kod pertama hendaklah diletakkan di bawah . Pada tema Twenty Eleven, ia boleh dijumpai dalam header.php.

image

9. Kod kedua hendaklah diletakkan pada setiap entri. Pada tema Twenty Eleven, ia boleh dijumpai dalam content.php dan content-single.php, sebelum . Pastikan anda menggantikan kandungan data-href="" dengan

image

10. Kemaskini perubahan yang telah anda lakukan dan buka laman web anda. Jika semuanya lancar, anda akan dapat melihat butang Facebook Like pada setiap entri di blog!