Bila melihat paparan boot skrin Ubuntu, mungkin kita akan terfikir untuk membuat sedikit perubahan disebabkan beberapa alasan seperti menukar masa paparan, pilihan utama atau sekadar ingin mengetahui mengenainya. Ini dapat dilakukan dengan mudah menggunakan satu aplikasi tambahan yang boleh di pasang pada Ubuntu. Tip ini menggunakan Ubuntu 11.04 tetapi ia juga boleh digunakan untuk versi sebelumnya.
Utiliti ini dipanggil StartUp Manager yang mana telah tersedia dalam repositori secara lalai. Kita hanya perlu menaip arahan dibawah ini untuk memasangnya.
sudo apt-get install startupmanager
Selepas itu, untuk melarikan utiliti tersebut, ia berada pada System >> Administration >> StartUp-Manager. Kini anda boleh bereksperimen dengan konfigurasi boot skrin anda. Selamat Mencuba!
Sumber dari : http://sumberterbuka.net/
0 comments:
Post a Comment