Tuesday, April 10, 2012

Tutorial Cara Nak Kunci komputer Anda

Cara ini mungkin jarang untuk dipraktikkan. Akan tetapi ia mungkin berguna kepada anda bagi menambahkan keselamatan terhadap data komputer anda. Mungkin anda sedang buat kerja kemudian keluar untuk rehat dan makan. So, Tanpa perlu anda shutdown atau off komputer yang memakan masa. Oleh itu cara begini amat sesuai digunakan.

Langkah 1 :

Right Klik Mouse pada desktop > New >Shortcut

Langkah 2 :

Akan keluar satu box mesej ‘Create Shortcut’. Sila taipkan code di bawah ke dalam kotak > Type the location.

rundll32 user32.dll,LockWorkStation

Langkah 3 :

Klik Next

Langkah 4:

Pada kotak ‘Type a name for this shortcut‘ taip LOCK MY COMPUTER atau apa sahaja ikut suka hati anda lah.

Langkah 5:

Klik Finish

Sekarang anda sudah siapkan satu ikon pada dekstop komputer anda. Anda cuma double klik sahaja ikon tersebut dan lihatlah hasilnya.

Untuk tambahan security lagi, anda boleh create satu akaun user beserta dengan password di control panel.

selamat mencuba.:)


source : http://www.kenalikomputer.com/

0 comments:

Post a Comment