Sekiranya sistem anda dijangkiti virus, malware dan spyware, ia mampu menyekat perisian antivirus dan sistem pemulihan (system recovery) daripada berjalan dengan baik. Fail dan pemacu yang rosak juga boleh menghalang Desktop anda dari dipapar dengan betul. Jika ini berlaku, anda perlu pastikan Windows anda sekurang-kurangnya boleh but masuk ke dalam arahan perintah (command prompt), dari sana anda boleh gunakan Windows System Restore untuk mengembalikan semula komputer pada keadaan sebelumnya. Microsoft masih lagi mengekalkan ciri ini, dan ia masih berfungsi dengan betul dalam semua versi terkini Windows Vista dan Windows 7.
1) Hidupkan komputer anda.
2) Semasa proses but, tekan kekunci F8 untuk masuk ke mod selamat (safe mode).
3) Pilih Safe Mode with Command Prompt. Tekan kekunci Enter.
Sekiranya anda diarah untuk memilih sistem operasi, gunakan kekunci anak panah untuk memilih versi Windows yang sendang digunakan oleh komputer anda. Kemudian tekan kekunci Enter.
4) Masukkan username dan kata laluan untuk akaun Administrator untuk log masuk ke dalam Windows.
5) Dalam tetingkap arahan perintah taipkan arahan berikut:
%systemroot%\system32\restore\rstrui.exe (untuk Windows XP)
rstrui.exe (untuk Windows 7)
Arahan Perintah
C:\> %systemroot%\system32\restore\rstrui.exe
7) Dalam tetingkap System Restore, sila pilih Restore my computer to an earlier time, dan tekan butang Next.
8) Ikut arahan seterusnya untuk mengembalikan komputer anda dengan memilih tarikh yang diinginkan.
Source : http://www.ilmuit.com/
Wednesday, June 6, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment